ok aku tau agak patriotik tajuk entry ni... kenapa aku tergerak mau buat entry ni sebab semalam aku ada terbaca komen 'seseorang' di status 'seseorang'. dalam facebook ok. komen dia kat bawah ni.
"Jgn guna BM, guna English because their words are way more polite than our Bahasa."
aku sentap juga baca.. hurmmm 'english more polite'.. lebih bersopan santun?? hurmm tak paham aku. bagi aku bukannya bahasa tu...kalau mau bercakap pasal kesopanan.. lebih menjurus kepada si penutur. tak kira la bahasa apa sekalipun kalau memang orang tu yang tak sopan. tetap tak sopan lah jadinya...
mungkin apa yang cuba disampaikan orang ni adalah sesetengah perkara mudah diungkapkan dalam bahasa inggeris berbanding bahasa kita. aku tak nafikan... cuma kalau mau keluarkan kenyataan tu agak-agak la... mungkin aku agak sensitif tentang perkara ni.huhuhu.. aku ni pun bukan lah patriotik sangat. kalau setting handphone dalam bahasa melayu pun aku ketawa juga sebab bunyi nya lawak.... sebab istilah-istilah elektronik bila dialih bahasa kedengaran janggal....ok lah aku malas mau melalut panjang-panjang.
pandang korang macam mana??? mana satu lebih sopan?? hehe
3 ulasan:
Bahasa Jiwa Bangsa..
Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa,
Bahasa wujud sebab penuturnya,
orang macam ni lah menghancurkan bangsa sendiri kerana tidak bangga dengan apa yang dimiliki oleh bangsanya sendiri..
huhu betul2...
Orang yang dah lupa asal usul memang camtu...
Speaking English is not that great, I'm telling you
Catat Ulasan