Rabu, 16 Mac 2011

Alternatif atau Arus Perdana

Mode: Pandangan Peribadi
Subjek: Akhbar/Berita/Laman Sesawang
skop: politik, kerajaan.. bla..bla..bla.

Isu:
manakah pilihan anda?? berita arus perdana-berita harian, metro, utusan, tv1,tv 2, tv 3 atau berita alternatif-harakah,malaysia kini, blog-blog bebas. Yang mana antara dua sumber ni pilihan anda sebagai sumber maklumat isu-isu politik?

pandangan aku:
bagi aku sekarang ni ramai dah makin bijak, bila dengar satu berita, jarang kita nak percaya 100%. Kita ada penilaian sendiri. bagi yang rajin  mulalah mencari sumber-sumber berlainan untuk buat perbandingan cerita tu. ok itu perkara biasa sekarang. lagi satu skang aku tengok ramai dah mula tak gemar dengan media-media arus perdana, sebab media arus perdana ni pro-kerajaan. Ramai yang menghukun media perdana ni cuma menyiarkan propaganda kerajaan.



ramai yang aku tengok  mula bertukar dan beralih arah kepada media-media dan sumber alternatif seperti akhbar bebas, dan juga blog-blog sama ada persendirian atau milik parti politik tertentu. kepada peminat media alternatif ni mereka mengatakan yang media alternatif ni lebih tepat dan lebih jujur dalam menyiarkan berita.

tapi benarkah jujur?? pada pandangan aku lah kan...  setiap penulisan dan berita akan diberitahu berdasarkan pandangan penyampainya, jadi sesuatu berita tu pastinya tidak akan berkecuali seratus peratus, semestinya ia akan berat kepada sesuatu pihak.  Terutama melibatkan kebebasan tanpa had yang telah diberikan melalui internet dan juga blog-blog yang menyebabkan kebanjiran maklumat yang banyak.

so, bagi aku kita perlu seimbangkan lah.. cuba baca semua, baru buat perbandingan, jangan cuma melihat daripada satu pihak saja... barulah kita boleh paham apa dia dasar-dasar baru kerajaan, dan kita dapat juga paham, apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh pihak pembangkang.. barulah boleh jadi rakyat terbilangkan.. hehe

ingat sejarah ditulis oleh orang yang menang, jadi tidak ada pilihan bagi kita, kita harus mempelajari sejarah yang tertulis, akan tetapi berita boleh ditulis oleh semua orang, jadi pandai-pandailah kita hendak membuat pertimbangan, membuat taakulan, supaya nanti kita tak menyokong suka-suka dan membangkang buta-buta.


p/s: meluat tengok orang yang suka-suka hati ja hentam media tertentu...  pastu selamba pulak hentam guna media alternatif.. facebook la.. blog la... menjatuhkan reputasi media alternatif betul..

4 ulasan:

PK berkata...

taksub. bila sdh taksub maka akan percaya pada apa cerita. tak kira di kerajaan or pembangkang.

satu lagi, ikut-ikut orang. dalam agama di panggil taklid. dalam iman pun ada, iman taklid. ikut-ikut saja kerjanya. cerita betul tak betul ikut sajalah orang sekitar.

lagi satu, kepentingan. Ada kepentingan dalam satu isu. kepentingan peribadi lah banyaknya.

lain lain lagi, nnt lah gua cerita.

gua layan berita astro awani.

Zulkifly Omar berkata...

betul.. skang ni ramai yang taksub.. ramai juga yang ikut-ikut.. bahaya kalau terus macam ni...

huhu..

サッチだよ~ berkata...

Sangat, Sangat, Sangat, Sangat, Sangat, Sangat, Sangat.... betul

aku skrg study mass comm, lecturer aku pn ckp, malaysia ni development journalism, nama lain dia: government-say-so journalism

tp, free writers pn xsemestinya betul 100%
sbb diorang pn ada opinion sendiri
sepatutnya berita tu kena sampaikan tanpa bias, pure news

masalahnya, setiap org yg menulis tu ada propaganda/ agenda sendiri
terpulang pada kita nak nilai mana satu betul/ salah

samizul.net berkata...

d(^^,)

Even if the History written by the Winner, the Truth will come and enlighten the world.

Kalau akhbar tempatan Online: BHarian, Malaysiakini, Harakah.

TV: Jarang sangat tengok TV.. Haha

Beli suratkhabar: Sabah punya ja macam Daily, NST, Borneo Post dll..