Selasa, 18 Mei 2010

seloka::~~ duka cinta remaja~~ ::

dulu kau semai kan rasa sayang dijiwa,
puteri dihatimu hanya aku saja,
kau belai aku dengan rasa cinta,
kata mu akulah satu-satunya...

aku yang ragu mulanya mula percaya,
sayang dari mu membuatkan aku gembira,
cinta dari mu membuatkan aku bahagia,
aku merasakan dunia ini aku yang punya...

kita mengikat janji kasih antara dua,
cinta kita paling agung kononnya,
kita akan bersama hingga hujung dunia,
hingga aku terlupa realiti yang sebenarnya..

satu hari.. kau mengejutkan aku dengan satu cerita,
tak semena-mena kau memutuskan hubungan kita,
aku tersentak seketika,
adakah kau lupa dengan janji-janji kita..

penjelasan mu ku pinta,
tapi kau enggan berbicara,
kau tinggalkan aku tanpa kata,
impian ku berkecai dalam dusta yang kau cipta..

untukmu sahabat,
~~jangan berduka hanya kerana dia~~

Tiada ulasan: