Dalam gema laungan merdeka
Aku tenggelam dalam mainan minda seorang anak pasca merdeka
Cuba menelusuri lipatan sejarah
Melihat perjuangan wira-wira dahulu
demi nikmat sebuah kemerdekaan
Bermula dari hunusan Taming Sari Hang Tuah
Hingga das tembakan Senapang Leftenan Adnan
Ratusan tahun kita diperintah penjajah
Akhirnya tanggal 31 Ogos 1957
Kita gapai kebebasan
Kita jejak semula kedaulatan tanah ini
Tapi
Kini setelah setengah abad
Kita terlupa
Lalai dengan ‘merdeka’
Hasil titisan darah dan keringat bapa-bapa kita
Tersentak aku dari lamunan
Bangunlah anak Malaysia
Merdeka ini adalah emas permata
Pusaka moyang kita
Untuk anak watan
Nukilan:
Zulkifly Omar, 25 Ogos 2010, 6.56 am, bilik 404.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan