sahabat,
kenapa harus melulu,
menuduh yang tak perlu,
berkata tanpa usul dahulu,
sahabat,
jangan berkata yang tanpa tahu,
jangan menyelar jika tak melihat apa diperdu,
kelak sakit rasa terpalu,
hanya kerana terburu-buru
kelak kecewa merindu,
hanya kerana menurut nafsu
sahabat,
lihat dan ukur apa yang tentu,
agar kita tak celaru,
agar kita tak tersalah seru...
2 ulasan:
betul tu, sebagai manusia yang di beri akal fikiran, eloklah bertindak menggunakan akal. bukan nafus semata hehee..
betul tu padin... hehe.. tu la jangan melulu
Catat Ulasan