Kadang-kadang aku naik bosan dengan apa yang terjadi disekeliling kita. Aku keliru, berada dalam satu sistem yang terikat. Terikat dengan akta, terikat dengan etika, terikat dengan budaya. Kata mereka akta itu adalah garis panduan, etika itu menjaga profesionalisme dan budaya merupakan identiti yang membentuk masyarakat. Akan tetapi kadang-kadang apa yang berlaku adalah akta itu selalu diperguna, etika menjadi alasan semata-mata dan budaya cuma hiasan saja.
Paling dekat adalah dalam membuat tindakan. Semua harus dalam
saluran yang betul. Tapi masalahnya kalau ikut saluran yang betul, saluran tu tersumbat, maklumat tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Birokrasi-biroskrasi. Itulah sebabnya perkhidamatan awam biasanya lembab. Pekerja di kaunter muka ketat, senyum pun tak pandai. Otot muka tu kejang ja sepanjang masa. Aku bercakap berdasarkan pengalaman ok... ada yang asyik tarik muka, ada yang marah-marah cakap kasar-kasar, ada yang suruh pindah-pindah kaunter... itu la realitinya di kaunter-kaunter kerajaan sekarang.
saluran yang betul. Tapi masalahnya kalau ikut saluran yang betul, saluran tu tersumbat, maklumat tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Birokrasi-biroskrasi. Itulah sebabnya perkhidamatan awam biasanya lembab. Pekerja di kaunter muka ketat, senyum pun tak pandai. Otot muka tu kejang ja sepanjang masa. Aku bercakap berdasarkan pengalaman ok... ada yang asyik tarik muka, ada yang marah-marah cakap kasar-kasar, ada yang suruh pindah-pindah kaunter... itu la realitinya di kaunter-kaunter kerajaan sekarang.
Ok sekarang cerita lain pula. Pasal hak bersuara. Baru-baru ni ada satu keputusan drastik dari pihak tertentu, terus ramai yang tidak setuju. Jadi satu perjumpaan pun diadakan. Dengan agenda asal untuk berunding. Pihak yang membuat keputusan menerangkan rasional, yang bagi aku “ntah apa-apa”. Salah satu rasionalnya adalah sistem tu pernah dah dijalankan.. eeuuww. Kemudian sesi mendengar pandangan bermula. Kemudian selesai semua tu pihak berkenaan mengulas.
Apa yang mereka ulas?? Mereka cakap macam ni kamu harus bersyukur bla..bla..bla.. paling aku tak tahan dengar bila dorang cakap, kamu sebenarnya takda hak pun untuk membantah semua ni keputusan pihak pengurusan. Jadi??? Apalah guna buat perjumpaan untuk ‘rundingan’ kononnya tu... huh!! Macam gimik semata-mata. Memanglah ada pindaan dari keputusan dorang tu, tapi cara dorang cakap macam dorang tak puas hati bila ada pihak yang membantah. Hello... orang belajar tinggi-tinggi untuk berfikir ok... dah la rasional tu lemah sangat-sangat.. no point!
Paling aku ingat ayat ni:
“tak kiralah sistem macam mana sekalipun yang penting diri sendiri... bersatu atau tak kita bukan kerana sistem.”
Aku tak nafikan ok semua dari kita. Tapi sistem tu perlu ada.. dan perlu ke arah perpaduan. Kalau cakap tak perlu buat apa kerajaan sibuk-sibuk buat Dasar Ekonomi Baru tu. Buat Konsep 1Malaysia segala. Huh!!
Aku ni bukan la berhaluan kiri atau mahu membangkang. Cuma mau mengkritik apa yang aku nampak. Kalau boleh siapa-siapa yang kerja belakang kaunter tu senyum la ok. Aku pernah juga jaga kaunter, jangan cakap aku tak paham kerja belakang kaunter macam mana. Layan saja walau orang tu kita tak suka sekalipun sebab dia adalah pelanggan. Dan kepada sesiapa yang berada di atas atau akan berada di atas, ingatlah yang keputusan kita akan menentukan rasa hormat orang terhadap kita....^^
6 ulasan:
uii ang marah betui nie...
xmarah pun... huhu... saja ja tulis..
ahahah zul..biasalah tu..
lebih2 lagi kita student tajaan kerajaan, terikat dengan Akta tu, nak bersuara da kena tukul awal2 sebelum bersuara..apa yg ko suarakan tu, dah pernah dialami dan pernah di suarakan tetapi mcm biasa dah berbenjol kepala kami kena ketuk2 supaya diam-diam jer..hahah so SABAR adalah perkara boleh aku nasihatkan..heheh tp aku tau ko tgh sabar skg ni klu tak dah lama ko lempang satu2 smua orang tu kan??? hahaha
mmg ada ketikanya rasa tidak adil dan munasabah.. byk berlaku akibat dari sebab dan musabab..
mungkin kita di bawah terpaksa akur. ttp jika ingin perjuang pasti ada jalan yang betul. yg penting kena usaha..
hanya pendapat :)
huhu sabar la ni.... ikutkan jak lah... inilah sistemnya.. inilah budayanya... mau tak mau terpaksa la...
sop: huhu memang kena usaha.. kadang tak boleh lawan dengan api.. insyaAllah perlahan-perlahan dapat diperjuang apa yang perlu..
Catat Ulasan