kejujuran..
misteri terbesar seorang insan
kebenaran kan tersingkap dari bukaan hati
jika kejujuran menjadi tunjang dalam diri
mungkin cuma manis dibibir
kerana lidah itu lembut tanpa tulang menjadi tabir
kerana jiwa itu rapuh
dek kerana iman yang tidak cukup ampuh
kita bebas berkata apa sahaja
kuasa ada di tangan kita
benar atau tidak bait kata yang diucap
itu hak mutlak yang mengungkap
berkata yang benar itu sebaiknya
walau sakit merobek jiwa
kerana kesan dusta lebih parah
selamanya jiwa bisa berdarah
3 ulasan:
tabik spring..ko memang org seni :)
hahahaa..tabik2..pandai berpuisi =_=
Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!
thx.. hehe... saja2 ja menulis ni..
Catat Ulasan