Sabtu, 3 September 2011

andai politik,patriotik dan ekonomi itu mudah....

 situasi 1:

"aku cinta negara aku..aku patriotik. aku cuma tak suka kerajaan"

oleh sebab aku tak suka kerajaan, aku pun mula kutuk kerajaan. sebarkan yang bukan-bukan walaupun tak sahih. di facebook. di blog. akhirnya ramai yang terpengaruh. politik negara jadi tidak stabil. pelabur tak masuk. duit tak masuk. akhirnya negara bankrap. aku masih lagi patriotik cuma tak suka kerajaan.

situasi 2:

"aku bukan tak patriotik, cuma ekonomi malaysia ni tak menjamin masa hadapan. so, aku mau kerja oversea."

aku belajar tinggi masuk universiti oversea. profesional. kerja luar negara. negara hilang satu tenaga profesional. sedangkan aku dapat biasiswa. negara sudah melabur untuk aku. negara terpaksa import tenaga pakar luar. bayar guna orang luar dengan ringgit. ringgit mengalir keluar. negara rugi. aku pula awal-awal dah keluarkan duit negara berbelanja di oversea masa belajar. akhirnya negara tanggung kos tinggi. inflasi terjadi. rakyat susah. negara miskin. semuanya kerana aku patriotik aku kata.

p/s: aku tahu dunia tidak semudah kesimpulan di atas... tapi tiada yang mustahil kalau suku rakyat malaysia macam di atas. sekian.

Tiada ulasan: