terlalu lama aku tidak mencoret di blog ini. baik rasa hati, rungutan, carutan, perkongsian. Tidak ada. sepatah ayat tanpa makna juga tidak ada. terlalu lama aku tinggalkan. mungkinkah tekadku untuk tergar kembali bersama blog ini akan terlaksana? terlalu lama menyepi. berdiam untuk tidak berkongsi. simpan sendiri-sendiri. lebih sakit. tapi mungkin kata orang lebih matang. ahh itu hipokrit.
bila difikirkan semula, berhenti mencatat disini kerana terlalu ghairah mengejar pengikut. terlalu ghairah inginkan pelawat. akhirnya hilang begitu sahaja. dibiar tanpa coretan. namun blog ini masih setia... hampir dua 24 purnama dibiar sunyi dilawat berselang rasa, malam ini tangan ligat menaip coretan rasa hati. terlalu berbahasa. namun aku peduli apa. blog ini berkongsi nama dengan aku.
akan terus mencoret rasa dan jiwa selepas ini... salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan