Ahad, 19 November 2017

Selesai semester 1... Sarjana oh sarjana... (Almost done third semester..)

Assalam,

Selesai kertas terakhir perperiksaan hari tu, maka tamatlah sudah semester satu program sarjana aku. oh ya... aku sambung belajar untuk program Sarjana Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Haruslah program separuh masa.... Mode Sepenuhnya Kerja Kursus. Makanya.. setiap semester akan ada kerja kursus dan peperiksaan.

Jadinya pengalaman aku... untuk belajar sambil bekerja... kita perlu tabah. Mula-mula memanglah sudah berkira-kira macam-macamkan.

Masa
Kos
Beban Kerja

Betul kau sudah pertimbangkan dan ambil kira, tapi bila kau rasa keadaan sebenar... nahhh kau!!! memanglah cabaran. oh ya... aku mengajar sekolah pedalaman. Jadinya dalam kepala aku cabaran utama cuma capaian internet untuk menyiapkan tugasan dan juga jarak untuk hadir ke kelas.Tapi realitinya???

1. Assigments.

Tugasan... ya Tuhan... azabnya mau mula buat assignments... untuk semester 1 ada 3 paper... so, tiga-tiga paper ada assigment. Pemberatannya 60%... kau buat asal siap, makanya asal siap jugalah markah kau.... 

Satu lagi kekangan aku konon-kononnya line internet. Makanya setiap hujung minggu aku terpaksa turun ke bandar Lahad Datu tempat Leslie. Kami sekelas, jadinya sama-samalah buat. buat di bilik pula kami ada kencederungan tidur.. lepastu cari kafe-kafe yang best konon, tapi malangnya Lahad Datu kafe-kafe hipstur yang santai sangat limited.. jadinya, kami pun melopong berjam-jam di Secret Recipe... hehe.. Oder HotChoc semata-mata.

2. Kos
 Ya mahal.. tapi hello, kau hantar anak masuk taska pun mahal jugakan... average satu sem dalam RM 4k. lebih kuranglah. Kos ni tidak termasuk perjalanan dan penginapan ya kalau jauh.. dan aku 6 semester. Ada universiti tawar 4 semester sahaja. so terpulanglah... 6 semester tapi tetap 2 tahun.  satu tahun 3 semester.

3. Beban Kerja

Beban kerja memang sangat-sangat kau perlu pertimbangkan. Terutama kau spesies pemalas macam aku. Aku duduk sekolah pedalaman yang konon tidaklah sibuk sangat, pun tetap terasa bebannya. Sama saja macam masa buat degree, yang tension tu sebelum mula dan proses paksa diri untuk mula  hehehe... tapi apapun bila kau sudah mula dapat juga tu siap. (kau bayar 4k satu sem, takkanlah tidak termotivasi lagi?

Oklah itu sajalah cerita sikit-sikit semester 1 ni.

P/S: entry ni diselesaikan dengan semester 3 cuma berbaki tidak sampai sebulan.. hehehe

1 ulasan:

Unknown berkata...

If you're attempting to burn fat then you absolutely have to start following this brand new custom keto meal plan.

To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness couches, and chefs have united to produce keto meal plans that are productive, decent, cost-efficient, and delightful.

Since their grand opening in January 2019, hundreds of clients have already transformed their body and health with the benefits a smart keto meal plan can provide.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto meal plan.