Memaparkan catatan dengan label fakta dari zul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta dari zul. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

Pertama Kali.. Kali Pertama...

apa yang pertama kali dan bila... beberapa catatan hidupku. hoho



  • pertama kali sekolah... Tabika KEMAS Sungai Bedaun (1995-1996)
  • pertama kali wakil sekolah untuk pertandingan... kuiz kesihatan (2001)
  • pertama kali masuk hospital selain masa lahir... hospital labuan-pembedahan buang tonsil (2000)
  • pertama kali naik kapal terbang... tingkatan 3 labuan-kota kinabalu.. lalala~ (2005)
  • pertama kali pidato.. tingkatan 5..pidato piala diraja (2007)
  • pertama kali kerja.. tolong jaga kedai mama...heee~ (2007)
  • pertama kali temuduga.. Kursus Perguruan Lepasan SPM.. kecundang! (2008)
  • pertama kali... IPT.. Matrikulasi Labuan (2008)
  • pertama kali tinggal asrama.. Matrikulasi Labuan..(2008)
  • pertama kali debat.. debat perdana integriti antara IPT( 2010)
  • pertama kali bersajak depan orang ramai... Malam Apresiasi Puisi IPG Kent-UMS (2011)
  • pertama kali pantun...pesta pantun piala pengarah ipg kent (2011)
  • pertama kali memandu... labuan.. malam-malam p McD.. huahuahua..(2011)
  • pertama kali syarahan... minggu kesenian islam ipg kent.. (2011)



Ahad, 6 Februari 2011

Aku suka DORAEMON...


huhu doraemon... aku sangat suka kartun ni... ntah kenapa.. tapi mungkin sebab doraemon ni boleh keluarkan banyak benda-benda yang best.. sebab tu lar.. sampai umur dah 20 tahun ni pun aku masih lagi tengok doraemon.. hahaha..

lagipun comel bah doraemon tu... bulat dan warna biru.. hehe... ok beberapa fakta menarik pasal kartun kesukaan aku ni:
  • warna asal doraemon adalah kuning...

Ahad, 2 Januari 2011

Fakta: Bunga Terbesar di Dunia????



ok.. sebelum ni aku ada wat entry Fakta pasal bunga pakma/raflesia.. bunga yang terbesar di dunia.... hehe.... kalau korang ada baca larr.... so insan yang komen... 


"aku rasa raflesia bukanla bunga terbesar.. bunga terbesar adalah dari genus amormophallus yg juga byk tumbuh di sekitar sabah.."


so aku pun meminta pertolongan encik google yang baik hati. setelah berusaha dengan besungguh-sungguh aku dapat dah jawapan dia... hehe sedia??? 

Rabu, 29 Disember 2010

Fakta: Perkara 20 Sabah...

aku kali ni aku mau kongsi kan.. Perkara 20 Sabah... huhu ramai antara kita tak peka benda ni kan... terutama generasi muda sabahan.... jadi mari baca sama-sama....


1. RELIGION – While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.

2. LANGUAGE – Malay should be the national language of the Federation. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

Jumaat, 24 Disember 2010

Fakta: Rafflesia

Rafflesia atau bunga Pakma... kalau kat malaysia bunga ni sinonim dengan negeri Sabah di Bawah Bayu. Beberapa fakta tetang bunga ni:


bunga rafflesia

  • Merupakan Bunga yang terbesar di dunia.
  • Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 dan dinamakan Rafflesia arnoldii
  • apabila bunga ini berkembang ia mengeluarkan bau busuk.
  • apa yang kita lihat sebagai bunga adalah organ sex bunga ini.
  • Bunga ini adalah sejenis parasit.

Rabu, 22 Disember 2010

Fakta: Orang Asing Dalam Buku Teks..

ok kali ni aku mau kongsi kan tentang orang-orang asing yang pernah kita dengar dalam buku teks sejarah....


J.W.W Birch -( mesti pernah dengarkan?? alarr mati dibunuh tu...)
 Nama sebenar beliau ialah James Wheeler Woodford Birch. Beliau adalah Residen pertama British di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874. Beliau menyandang jawatan tersebut pada 4 November 1874. Akibat sifatnya yang bongkak dan tidak menghormati adat istiadat Melayu serta pembaharuan yang dilakukan di Perak, mengakibatkan beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 oleh pengikut-pengikut Dato' maharaja Lela.

Jumaat, 17 Disember 2010

Fakta: Kepulauan Galapagos

pernah tak dengar pasal kepulauan Galapagos?? sapa pernah angkat tangan.. hee~

ok kepulauan Galapagos adalah kepulauan yang merangkumi 15 buah pulau utama dan 42 pulau-pulau kecil seta 26 batu dan juga terumbu.Kepulauan ni mempunyai pelbagai spesies dan subspesies unik bukan sahaja unik kepada Galapagos tetapi juga unik antara pulau-pulau yang terdapat dalam kepulauan itu.

Fakta Menarik:

 Tesis The Origin of Species yang dihasilkan oleh Charles Darwin adalah diinspirasikan oleh kepulauan ini setelah beliau melawat pulau ini pada tahun 1835.

Rabu, 15 Disember 2010

Fakta: Wilayah Persekutuan


segmen fakta kali ni tentang Wilayah persekutuan (WP). WP tu apa?? ok wilayah persekutan adalah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan dan diperintah oleh Yang Dipertuan Agong. jadi kiranya wilayah persekutuan ni takda kerajaan negeri.

Malaysia mempunyai 3 Wilayah Persekutuan iaitu:

  • Kuala Lumpur
  • Bendera Rasmi Wilayah Persekutuan
    • diisytihar sebagai WP pada 1 Februari 1974. Ibu negara Malaysia
  • Labuan
    • disytihar sebagai WP pada 1 Februari 1984. Merupakan Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa (IBFC)
  • Putrajaya
    • diisytihar sebagai WP pada  1 Februari 2001. Merupakan Pusat pentadbiran Malaysia.
1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan dan telah diisytihar sebagai cuti umum di wilayah-wilayah ini.

ok sampai disini fakta kali ni.

"Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera"

Jumaat, 10 Disember 2010

Fakta: Hidrogen..

ok... hehehe segmen FAKTA kali ni aku nak cerita pasal hidrogen... binatang apa ni?? mesti korang tau kan... hidrogen ni adalah sejenis unsur...  dan biasanya kita dengar hidrogen ni adalah gas. Gas hidrogen.


10 fakta menarik tentang hidrogen..

Gambaran Molekul Gas Hidrogen.

  1. Hidrogen hanya mempunyai 1 proton.
  2. Hidrogen merupakan unsur yang paling ringan.
  3. Hidrogen adalah unsur yang paling banyak. 75% jirim alam semesta merupakan Hidrogen.
  4. Isotop hidrogen yang paling umum adalah protium, yang mempunyai 1 proton dan 0 neutron.
  5. Gas hidrogen sangat mudah terbakar. Hal ini digunakan sebagai bahan bakar oleh mesin pesawat ulang-alik utama dan dikaitkan dengan letupan terkenal dari pesawat Hindenburg.
  6. Hidrogen boleh dihasilkan dengan mereaksikan logam dengan asid (contohnya: zink dengan asid hidroklorik).
  7. Bentuk fizikal hidrogen pada suhu dan tekanan bilik adalah gas yang tidak berwarna dan tidak berbau.
  8. Dalam sebatian, hidrogen boleh  bercas negatif (H-) atau berpositif (H +).
  9. Setiap molekul air mempunyai 2 atom hidorgen
  10. hidrogen wujud dalam bentuk bebas dalam gas gunung berapi dan gas asli.
ok sampai sini....

sumber: Chemistry.about.com (klik)


Rabu, 8 Disember 2010

Fakta: Monaco...

 tahukah anda??? heheh skema nya intro aku.. heheh ok entry pertama segmen FAKTA ni aku nak cerita pasal MONACO. ok ada sapa-sapa tau tak Monaco tu apa?? cepat angkat siku... hehehe...

Segmen: Fakta

jeng..jeng..jeng... kali ni aku nak wat segmen baru pulak.. nama segmen ni Dariku Zulkifly: FAKTA. tujuan segmen ni saja nak berkongsi fakta-fakta yang menarik dengan korang. aku rasa menarik ok.. kalau korang tak rasa menarik apa bleh aku wat kan.. huhu... tagline segmen ni... "melihat sesuatu yang memberi perspektif" hehe.. yala mau bagitau benda baru.. tapi kalau korang dah tau tu diam-diam ja la k.. anggap ja 'latihan pengukuhan' hahaha macam dalam kelas pula kan.

Jumaat, 5 November 2010

Saya suka Coca Cola.. tapi..


Coca Cola

aku baru baru terbaca fakta tentang coca cola... aku ni boleh dikira pencinta coca cola sejati larrr..tapi apa yang aku baru tahu ni kira mengejutkan dan menakutkan juga la... ni 10 fakta tentang Coca Cola:


  1.  pada awalnya dijual sebagai ubat (ubat... oo rupanya..)
  2. Coca Cola boleh digunakan untuk membersihkan tandas anda (ooo... skang nak guna cola atau ajax..hehehe.)
  3. mampu mengakis kuku. (aduh... jangan pandai-pandai cuci tangan ngan cola.. karang hilang kuku..hahaha)
  4. mampu menghilangkan stik daging. (kalau isi perut.. adooiii.. kalau mampu hilangkan lemak kan best..)
  5. boleh digunakan untuk membersihkan darah (nahh.. tak perlu vanish.... percayakan merah!! bukan merah jambu...  hahaha)
  6. boleh digunakan untuk membersihkan enjin kereta anda (ok... jangan plak ada bengkel keta yang beli coca cola banyak-banyak lepas ni)
  7. Coca cola sepatunya berwarna hijau jika tidak ditambah pewarna ( hijau??.. terus terbayang air buah-buahan F&N)
  8. Coca cola dikenali oleh 90% populasi dunia. 
  9. Coca cola pada awalnya mengandungi kokain tetapi kini tidak lagi. 
  10. Ada sebuah pertandingan di Universiti Delhi: "Siapa dapat minum Coca-Cola paling banyak". Pemenangnya meminum 8 botol dan mati  kerana  terlalu banyak karbon dioksida dalam darah dan kekurangan oksigen. (adooiii ciannya... bahaya betol cola ni..)
wooo... menakutkan juga.. tapi aku rasa aku tetap juga minum lepas ni... aku cuba la untuk kurangkan minum... kalau aku mampu larr... heee~