Khamis, 19 April 2018

Hong Kong Trip (Bahagian 2) : Hari 1 Terbang dan dan Terus Ke Puncak Victoria


Aloha..... ini adalah entry Hong Kong bahagian 2.. untuk entry bahagian 1 klik   

Hong Kong Trip (Bahagian 1) : Belanja oh Belanjawan


Baiklah.. untuk hari pertama....

Penerbangan BKI- HKG sampai dalam 1045am
Beli simkad ( kedai 1010) dan octopus card (customer service counter).
Cari airport bus terminus (kau pandai-pandai lah tengok sign)

menuju ke Airport Bus Terminus

lagi....

Kedai 1010 (pilih pakej... dorang tolong set simkad)

Naik bas A21 sebab tinggal di KG Garden Hotel, Mirador Masion, Tsim Sha Tsui. Bas selesa. Ada tempat letak lugggae. Free seating tapi semua dapat duduk. Lebih kurang sejam ke Tsim Sha Tsui. Turun di hentian Middle Road kalau mau ke Mirador Mansion atau Chungking Mansion.
**tips.. booking hotel di Mirador Mansion. Lebih selesa dan tenang. Chungking Mansion selang 2 3 lot ja.. tapi sangattt crowded dan ramai indian and filipino.

Lepas check in- nasib baik masuk terus walaupun belum pukul 2:00 pm. Aku booking family room untuk 4 orang, kami bertiga, boleh tahan selesalah untuk kami.. kecil tapi saiz masih boleh terima. Terus rehat dan makan.

Bilik untuk dua malam pertama... ini family room ada 3 katil...


Booking Klook untuk ke The Peak pukul 4. Jam 3 dah sampai. Dari MTR Tsim Sha Tsui ke MTR Central.. lepastu keluar di exit K. Melopong dulu di Statue Square.. bergambar sementara tunggu pukul 4. Macam setiap 15min ada trip ke The Peak tapi kena tunggu ikut booking time. Jam 4,berkumpul ambil sticker.. dengar briefing.. english briefing disediakan.masa trip pukul 4 sangat ramai.. so ada briefing in chinese, english and korean.
Statue Square....

Bank of China Tower... malam cantik weiii

Hong Kong Tram....


Asing- asing guide. Lepas tu bergerak serentak station The Peak Tram dalam 10minit jalan kaki. Memang laju.. ada lane khas untuk booking dari Klook. Naik tram ala macam naik Bukit Bendera Penang tu. Sampai atas.. kami bergerak terus ke The Terrace.... ini area bertiket.. ada ja viewing point yang free ok. Di the terrace kalau malam lagi cantik .. tapi petang pun ok dan nasib baik tidak berkabus.. jelas ja pemandangan. Lepas puas bergambar dan menhayati kami ke Madame Tussauds Wax Musseum... semua lah model kau jumpa dalam tu.... tokoh politik.. artis cina...bollywood.. hollywood.. semua ada. Lepas tu kami masuk Hard Rock Shop. Afiq shopping... oh ya i dah tanya kaunter.. di city centre pun ada outlet Hard Rock Shop. Lepas tu baru kami bergerak ke bangunan sebelah ke Chocolate Museum. ( mehhh laaa.. takpayah pergi pun ok museum coklat ni) well tiket kami 4n1 kan.

yihhhh napa aku nampak pendek....

View dari terrace....

Tulah The Peak Tram....

Bapak Jokowi

tetiba Mr. Bachan

Mayor I am.....

Selesai semua kami berbaris naik tram untuk turun... sangat panjang.. kami beratur dalam 45 minit. Turun ja kami decide untuk ke Hong Kong Observation Wheel. ( Ferris Wheel ala-ala Eye of London, tapi kecil... tidaklah pula sekecil feris wheel funfair.... dan tidak boleh berdiri atau berjalan dalam gondola.. kena duduk ja).. jauhh wehh jalan. Sebab dia dekat area Wan Chai Pier.. tempat naik Star Ferry ke Kowloon. Pastu sampai beli tiket.. beratur 10min dan naik.. dalam 10min pusing.... lepas tu selesai.. kami pun menapak cari MTR Central Station balik ke area Tsim Sha Tsui. Balik hotel... tidur....

Hong Kong Observation Wheel

View dari Hong Kong Observation Wheel






1 ulasan:

Unknown berkata...

According to Stanford Medical, It is in fact the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh on average 19 kilos lighter than us.

(Just so you know, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to related to "how" they eat.)

P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...

CLICK this link to discover if this easy quiz can help you release your true weight loss possibility