Aloha.. bagi yang tidak tahu.. aku tidak lagi bertugas di SK Desa Permai Kinabatangan. Lebih kurang sebulan sahaja aku di sekolah tu. Lebih kurang la sebulan.. tolak cuti tinggal tiga minggulah saja macam tu.
Pastinya ramai juga yang yakin dan percaya aku guna kabel. yup.. sudah lapor dirikan... takkanlah tiba-tiba dapat pindah pula... kejadahnya kan.. mesti budak ni guna kabel ni... soalan kabel-kabel ni GB baru pun tanya, ada pegawai yang di PPD pun tanya soalan ni. Jawapan aku " Tidak". hehe yup sejujurnya tidak ada kabel. memang ada niat okeh nak tarik kabel bagai... tapi apakan daya mana lah aku atau parent aku yang ada kabel saiz tali kapal. memang dalam keredhaan lah sudah kiranya aku tu.
Tapi akhirnya hari terakhir sebelum cuti...
GB cakap:
" zul saya harap kamu pertimbangkanlah... nama kamu naik dah di PPD. Nama kamu di Tomanggong sudah"
Aku dalam hati:
"What????? apa yang aku salah buat.. apasal nama aku naik.. baru sebulan ja aku sini.."
GB:
"kamu ditukarkan ke Tomanggong..., saya harap kamu merayu dengan PPD.. jangan pindahlah.."
Aku bila tau dipindahkan ja.. melompat-lompat dah dalam hati. tambah-tambah lagi cikgu senior cakap "ohh tomanggong.. P3 juga.. tapi jalan darat"... aku tak fikir dah benda lain... yang penting jalan darat....
surat Redeployment... sebulan dari tarikh surat di dikeluarkan.. baru dapat ke tangan aku. |
Okeh terma rasminya aku dapat Pengubahsuaian Penempatan (Redeployment). Surat ni lewat sebulan sampai ke tangan aku... dapat bila GB masuk sekolah. kalau ikut tarikh surat.. technically aku tak perlu masuk SK Desa Permai.. sebab surat ni bertarikh sama dengan hari pertama aku lapor diri di SK Desa Permai... huuuu.. tapi dah percaturan Allah nak bagi aku rasa pengalaman ke sekolah yang benar-benar pedalaman naik perahu berejam.. aku redha. Inilah sebabnya aku bertukar sekolah.. okeh next time aku cerita pasal sekolah aku sekarang... SK Ladang Tomanggong...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan