Ahad, 28 Jun 2015

Pengalaman Pertama Posting... SK DESA PERMAI, KINABATANGAN part 2

Tentang SK DESA PERMAI, KINABATANGAN klik sini
Part 1 klik sini...

Sampai Sekolah

okeh.. oleh sebab kami bergerak dalam 3.30 petang.. kami sampai ke dalam jam 8.30 malam. memang gelap gelita... di tengah sungai tengah hutan. seram wehh.... boatman main suluh dengan torchlight saja untuk tengok tebing sekali sekala. Dia ajak kami singgah Kuamut dulu. Oh ya di Kuamut ada SK Kuamut dan kampung ni besar daripada Desa Permai. Sini elektrik pakai solar hibrid berfungsi 24 jam dan kawasan sekolah boleh dapat line. SK Kuamut ada lebih kurang 30++ murid dan sebenarnya Kuamut dengan Desa Permai cuma beza 10 minit jauhnya menaiki perahu. cuma Kuamut dan Desa Permai dipisahkan oleh cabang sungai berbeza. 

Sampai Kuamut.. perghhhhh trauma lagi bila jeti sekali lagi bukan proper pun.. tebing tinggi gila.. nak meniti atas batang kayu licin. dalam gelap. adoiiii.. so kami sempat la pergi singgah kuaters guru Kuamut. Sempat juga berkenalan dengan guru-guru situ. singgah dalam setengah jam.. kami gerak untuk ke Desa Permai.

Dalam, 10 minit sampai. sama juga.. tebing tinggi gila (T____T) setengah mati angkut barang . nasib arr orang kampung tolong kan. sampai-sampai rumah guru... aku trauma lagi. lapar kottttt... cikgu tu cakap sorry lah gas habis. (whattttt???) lagipun dua hari lagi nak cuti kan dia kata. (ya dua hari kami tak makan nasi dan makanan bermasak.. sebelum keluar semula untuk cuti Chinese New year selama seminggu) kami makan biskut ja. hadoiii.. so, pesanan kepada sesiapa yang posting pedalaman nasihat aku siap sedia ja lah dengan makanan mengenyangkan tanpa perlu masak bekalan 2 3 hari untuk kita sesuaikan diri. Tuna , Roti, Makanan Tin. kotlah jadi macam kes aku ni.. gas habisss bagaii.... Diorang memang akan cakap ok sini, semua lengkap.. takda masalah.... bla bla... hahhhh itu cuma supaya ko tak mengelak lapor diri. Kau lapor diri saja. setel kerja dorang.. memang terkapai-kapai lahh kau, kalau kabel sebesar kelengkeng.. memang tunggu sah jawatan lah kau baru nasib-nasib dapat pindah.

Rumah pula.. haihhhhh.... memanglah rumah orang bujang kan.. hadoiiii... Rumah proper tau.. semi-D. 3 bilik. yang buat kami trauma masa sampai tu cuma faktor kebersihan.. bau dia hadoiiii... ohhh ya sebelum sampai dorang kata.. ada tilam semua. bantal. sekali ja tilam buruk yang bau pelik tak sampai seinci tebal. nampak sangat lah. tukang bagi info tu lama tak naik kuarters guru. REDHA daku....
ohh ya line telefon totally out. tidak ada langsung. kau buat lampu suluh sajalah telefon canggih cap buah-buahan kau tu.


Lapor Diri. Hari Pertama

Lapor diri hari pertama 12 hb Februari. Barulah nampak keadaan sekolah macam mana. ohh ya siang takda elektrik ya.. walaupun di siling ada kipas. Sebenarnya sekolah pernah ada solar hibrid, tapi bila tenggelam oleh banjir, solar hibrid rosak dan tidak lagi diselenggara. buat hiasan saja di belakang sekolah. dapat jadual semua.. bla bla bla.. melopong tengok muka masing-masing. Then balik sekolah. dalam jam 1.00 petang.. Guru Besar panggil. pegawai PPD dan rombongan datang. ohh pagi tu GB dan bagitau.. kalau pegawai PPD jadi masuk, ni first time lah dia masuk setelah 3 tahun  pegang jawatan.... epic enuff? 

So kami mun duduk mengadaplah rombongan tu. Dengan muka budak bandar kesedihan duduk melopong depan pegawai PPD tu. macam-macamlah nasihat standard bagai. bla bla bla.... kami dengarkan saja. Lepas tu diorang balik, kami pun melopong lagi di rumah. makan biskut. Kemudian jalan-jalan keliling sekolah dan kampung. ohh ya kawasan Desa Permai sekitar sekolah cuma ada 4 keluarga ja. 4 buah rumah sahaja berpenghuni. Menurut cerita, Desar Permai dulu ramai orang, tapi bila kawasan tu tak sustainable untuk ekonomi, ramai yang pindah keluar, Sekitar sekolah banyak rumah kosong.

Naik Bukit cari LINE

Sebelah  petang pulak buat pertama kalinya aku dengan kawan-kawan baru posting ni nak naik bukit pergi cari line telefon.untuk rekod, kawasan sekolah takda line langsung. Kami ajak murid sorang buat tunjuk jalan. Perjalanan ke sana memakan masa 20 minit mendaki melalui denai hutan. serius hutan okeh. untuk ke spot yang boleh dapat coverage. sudah tentulah aku yang comel ni bila sampai atas tercungap-cungap. lain kat atas pun boleh lah lepas koling family. CELCOM, DIGI dan MAXIS boleh dapat coverage kat atas... pastikan tiga-tiga simkad ada... kadang-kadang ada line yang hilang. Oh btw, dalam perjalanan turun murid yang kami mintak tunjuk arah tu cakap.. "cikgu, sini ada beruang (sunbear).. tu cikgu nampak bekas cakaran di akar dengan pohon kayu tu.. beruang laa buat"... okeh selain beruang murid tu cakap ada harimau.. (harimau akar). Cikgu senior bagitau kadang boleh terserempak dengan ular senduk.. kawanan gajah... orang utan.. ok redhaaaa daku.

Life...

Kehidupan di sana.. well basically melopong... melainkan kau terer berenang, suka wildlife, hutan bagai.. maybe ko gembira kot kat sini. kot kau boleh buat buaya tu jadi pet... Setiap hari kami on generator dari pukul 730-1030 malam.. time ni sajalah baru berabis cas bateri device untuk hiburan siang hari. minyak generator kena guna duit sendiri.. share dengan kawan-kawan.. makan pulak memang hari-hari masak sendiri. sekolah takda kantin. kedai runcit pun tiada di sekitar sekolah. kedai runcit paling dekat di Kuamut... naik bot dalam 10 minit... huhu itu lahh kehidupan di sana...

Ini sajalah kisahnya di DESA PERMAI, KINABATANGAN.


Aku di SK Desa Permai lebih kurang 3 minggu. lepas tu aku dipindahkan... nanti aku cerita pulak kisah kenapa aku pindah.. dan kisah sekolah baru aku...

Beza aras air sungai Kinabatangan masa mula-mula masuk dan kali kedua masuk... surut cepat gila..


Pemandangan atas bukit tempat atas coverage.. atas dahan kayu tu boleh tengok orang utan kadang-kadang kata cikgu senior

Nahhh.. mandi sungai... pertama kali gituhh... mana lagi risau dengan ntah apa-apa dalam sungai.. buaya perhaps.. euwww...

Ini jeti di sekolah... ini jeti personal guru besar sebenarnya.


kawasan atas bukit tempat cari coverage


Ini Syah.. kawan sama posting.. sekarang dia masih di SK Desa Permai

Tiada ulasan: