Sabtu, 17 Disember 2011

Jangan Dengar Cakap Orang..

Kes: 

orang suka mengata kita. cakap macam-macam perkara buruk pasal kita. benda yang kita tak buat orang kata kita buat. kita yang mendengar rasa malu, down.. terus apa yang kita buat semua tak menjadi. kita ikut perasaan. diamkan diri seolah-olah mengiyakan apa yang orang kata.

kata aku:

dengar cakap orang tu kena lah agak-agak. kalau semua kita mau dengar sampai bila kita mau maju. pedulilah orang mau cakap apa pun. yang penting kita tahu apa yang kita buat. kalau betul teruskan. kalau salah perbetulkan. jangan jadi orang bodoh yang terlalu dengar apa orang cakap. nanti kita sendiri yang susah. (boleh mati awal owhhh...)

percaya dengan diri sendiri. kalau semua mau dengar cakap orang maksudnya kita biarkan orang lain yang tentukan hidup kita. Ingat!!!! bukan dorang bagi kita makan. jadi tak perlulah kita jadi orang yang orang lain mau kita jadi. jadilah diri sendiri.. (tapi beringat lah.. kalau perkara betul orang cakap.. betulkan la apa-apa yang patut.. heee~)

kalau ada orang cakap tak betul dengan kita. perbetulkan. tak kira lah secara lisan atau pun perbuatan, buktikan dengan orang lain kita ada diri kita. dan  jangan sesekali mengiyakan apa yang tak betul.

kesimpulan:

hiduplah dengan cara yang kita mahu. untuk diri kita sendiri. jangan terlalu ikut cakap orang sampai kita hilang panduan. 

3 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu..kalu asyik nak dgr ckp org jak...buat apa pun kita xboleh

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt! kita ada kehidupan kita sendiri kan. kitalah yang mengawal hidup kita. janji kita tahu sempadan dan batas semua tu.:)

Kira Kekuri berkata...

serius, kawan aku ada mcm nih, bukan kawan biasa, kawan baik lg.
dia selalu dengar cakap orang, baru ikut jg dia apa org tuh kata. contoh , sia A ckap si B buruk perangai. jadi kwan si C nih, ikut la jg ndak suka si B tuh. semua sebab dengar dari mulut org ja. alhamdulillah, aku ndak macam dia. banyak aku dengar org cakap2 buruk pasal seseorang, selagi dia x wat ngan aku, wat apa kita nak benci kan?? #ehhh panjang pulak. hahha