Ahad, 18 Disember 2011

Bicara agama~ bukan aku..

teringat aku pernah ketandusan post di blog ni..(zaman aku gila blogging sampaikan hari-hari wat entri). aku ada tanya kawan, macam ni perbualan dia.

"wehhh, aku blur sudah mau update blog"
"eleh cuba ko pikir-pikir.. ada tu topik best.."
"ntah la, banyak udah ku post.. tandus idea dah ni"
"eh cuba ko buat entri pasal agama.."
"ish.. tak mau lah.. ko ni agak-agak lah."
"kenapa pula?"
"aku sendiri pun masih lagi nda cukup ilmu agama.. apatah lagi amal"
"alaa.... ko boleh tu..."
" ish.. tak maulah!

nah.. macam tu lah perbualan kami... hehehe.. lebih kurang la.. sebarang tokok tambah oleh aku adalah tidak dijamin.. haha (mana lah aku ingat exact word kan.. lama sudah tu perbualan..)

baiklah kembali kepada topik asal. sebenarnya aku mau cerita pasal entri-entri berunsur islamik dalam blog. percayalah buat masa ini aku takkan tulis entri macam tu. huhu bukannya apa, cuma aku tak yakin yang aku cukup bagus untuk berbicara pasal agama ni. apatah lagi menasihatkan orang pasal agama. (hipokrit namanya tu nanti.) yalah aku ni pun pengetahuan agama masih nipis macam kulit popia.. lalala.. apatah lagi amalan.. haish)..

zaman sekarang ni aku tengok internet ni jadi medium dakwah dah...  facebook. blog. tapi nasihat aku dengan orang yang berdakwah di internet ni biarlah yang virtual dan realiti tu selari. jangan begitu alim dalam facebook. berpuluh fatwa dalam blog. tapi dalam dunia nyata lagi teruk daripada orang yang biasa-biasa ja.

ada jua kenalan facebook aku suatu masa dulu... dalam facebook wow.. siap cakap couple tu haram.. itu.. ini... tapi dia luar punyalah usha perempuan.. eh bukan ja di luar.. dalam facebook pun siap buat wallpost meng'usha' perempuan. jadi apalah?? nasihat pandai.. tapi buat juga..mengecewakan.


sedih jugala kan tengok orang macam ni.. bagi aku orang macam ni terang-terangan mempermainkan agama sendiri. memalukan. ingatlah orang dalam friendlist kita bukan muslim saja yang ada.. semua agama ada.. nanti apalah pandangan dorang terhadap agama kita kan...

jadi nasihat aku, kalau kita mahu nasihat orang tu, pastikan kita juga tidak buat perkara buruk yang orang tu buat. macam tu barulah kita boleh mendapat rasa hormat orang dan nasihat kita tu akan berkesan.

sekian. salam hormat.

2 ulasan:

de engineur berkata...

I pun setuju dgn ko, bro. Biarlah kita jadi diri kita sendiri yg sebenar, cukuplah kan.

Kira Kekuri berkata...

stuju, sama jg lah tuh ngan 'ckp x serupa bikin' ;)