Selasa, 14 Disember 2010

Tentang Berkasih: Kawalan Tanpa Had.. Episod3


ok.. selasa tiba lagi....jadi apa lagi... segmen Tentang Berkasih episod baru la.. hehe kali tajuk nya.. "Kawalan Tanpa Had". ok any idea??? hehe.. kali ni aku nak cakap pasal Queen/King Control... hehe... bukan orang dah kawen ja tau yang kena control ni. kadang yang baru bercinta ni lagi la melebih-lebih control nya.

biasanya kalau isu control ni mesti salah seorang tukang control dan sorang lagi kena control..
.huhu jadi macam mana yang kita cakap kawalan tanpa had ni?? over control?? ok simtom-simtomnya adalah:

  • setiap 5 minit anda mesti report apa anda buat ngan pasangan atau si dia akan kol anda setiap masa.
  • si dia mahu tahu anda keluar ke mana dan dengan siapa.
  • anda dilarang untuk keluar dengan lelaki/perempuan lain walaupun hanya kawan.
  • anda dilarang daripada melakukan apa yang anda suka hanya kerana dia tidak suka.
  • dia akan mengamuk dengan ganasnya kalau anda melanggar perkara di atas..

ok mesti ramaikan yang pernah nampak kawan-kawan anda mengalami semua ni... atau memang mengalami benda ni... pada pendapat aku orang yang kuat control ni biasanya mereka rasa mereka tak selamat. insecure.
Sebab-sebab yang biasa adalah:

  • Rasa yang pasangan dorang tu cantik atau tampan... jadi takut ramai yang tergoda.
  • Sikap terlalu ambil berat yang melampau terhadap pasangan.
  • menganggap yang couple atau bercinta tu sebagai tanda dia telah memiliki 100% pasangannya.
  • Sifat semula jadi yang terlalu mengawal.
  • sikap yang terlalu melindungi. (terutama kalau lelaki tu adalah anak sulung atau dia anak tunggal... lagi la pasangan dorang kena kawal.. kalau perempuan pula yang anak bungsu.. mungkin sifat yang terlalu manja kot)

jadi kalau anda berada atau melihat dalam situasi ni macam mana?? nak buat apa??

yang dikawal:

  • berterus terang la dengan pasangan anda yang anda tak selesa dengan apa yang dia buat. 
  • tetap kan garis panduan antara anda berdua. tentukan apa yang boleh dan tak boleh.
  • sentiasa menjaga komunikasi dengan baik.
yang mengawal:
  • sedar yang pasangan kita juga manusia biasa
  • beri ruang kepada diri dan juga pasangan suapaya dapat  menjadi diri masing-masing.
  • jangan bersikap mendesak dan terlalu menurut rasa hati.
  • sentiasa percaya terhadap pasangan anda.
yang meihat:
  • tak salah untuk menegur dan memberi nasihat.
  • beritahu apa yang anda nampak
  • jangan cuba menjadi batu api untuk pasangan tu


so anda macam mana?? pernah dikawal? atau mengawal??? hehe... komen sikit....
wokeh sampai disini... nak baca episod lain klik Tentang Berkasih

6 ulasan:

Cik Kira berkata...

paling bidak perangai begini ni..
ada kawan aku sorang,x tahan sbb asyik kna kontrol oleh bf dia..nah skrg sda break..sbb x than perangai..huhuuu..ada jgak yg asyik2 maw bgtaw d mna la tmpay dia skrg..klo pi berak pun maw bgtaw..x taw la aku prangai org camni..in rimas ada jgak

Manusia Biasa berkata...

nasib baik tak pernah bercinta hehehe

Zulkifly Omar berkata...

kira: huhu memang2..
otomen: tak ker?? haha

mahsidi berkata...

blum prnha lg aku kena control... mcm mau rasa la...hahaha

Zulkifly Omar berkata...

sidi:doii hantap

Cik Kira berkata...

mahsidi ni..ko ingt syok ka kana control 2?hahahha