Selasa, 23 Jun 2015

Pengalaman Pertama Posting... SK DESA PERMAI, KINABATANGAN part 1

Okeh maklumat asas pasal SK DESA PERMAI, KINABTANGAN.klik sini.
Mari cerita pengalaman aku pula...


Pertama kali tahu aku dapat posting ke sekolah ni aku  baru nak mula sampaikan bengkel bahas. terus hilang fokus la sampaikan bengkelkan. lepas kol, ooo SK Desa Permai, Kinabatangan. ohh mesti taman perumahan kot.. nama pun cantik. tapi lepas google.. terus down sebab bila baca di blog orang.. "6 jam menaiki bot...".

Aku masih positif.  Nama pun sekolah, takkanlah teruk manakan. mesti cukup kemudahan asas punya. itu yang aku fikir. walaupun hakikatnya mama dah nampak risau sangat, dan babah pula cover risau. aku masih yakin yang tempat tu hanya jauh. taklah teruk.. sekolah masih mampu wujud. (tinggi keyakinan daku.)

okehlah.. dalam keredhaan dan semangat posting aku prepare satu luggage besar yang amat.. dan satu kontena bekalan makanan.serius satu kontena besar yang dalam dia ada beras, makanan tin, mee segera, biskut dan segala bagai lagi bekalan. ohh yaaa... ubat-ubatan pun siap prepare panadol, minyak angin, ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat selsema, plaster dan macam-macam lagilah keperluan first aid yang basic. *Guardian dan Watson is your bestfriends gituuuhhhhh....


Bila lapor diri di PPD, diorang maklumkan guru besar akan datang jemput, ohh ya aku melapor diri dengan seorang kawan lagi geng PISMP. Mak dia tanya," nanti perahu macam mana? ada lifejacket?" dan jawapan diorang ADA. ada lifejacket. dan disekolah kononnya ada kawasan blok sekolah yang ada line. Maka percayalah itu mitos semata-mata. sama indah dengan kisah Puteri Gunung Ledang.


Kami lapor diri isnin di PPD, dan kami bergerak ke sekolah melalui jeti Pangkalan Bukit Garam pada hari Rabu. Dua hari tu kasi tinggal di rumah transit PPD di SMK BUKIT GARAM 2. Kami dah setelkan segala dokumen lapor diri di pekan dengan kerani yang kebetulan berada di luar juga.

kami bergerak ke sekolah menaiki bot pada pukul 3.30 petang gara-gara menunggu urusan selesai walaupun pelan asal gerak jam 12.30. Terkejut beruk aku tengok jeti... bukan jeti pun... bot landing terus tepi sungai. 

Lepas setel load barang bagai, kami gerak.... okay mudik ke hulu sungai kinabatangan. Sungai terpanjang di Sabah. Mula-mula aku feeling safari+lawatan sambil belajar.  siap nampak monyet, enggang dan yang palinggggg letopss..... BUAYA bersidai tepi-tepi sungai. siap excited bagitau kawan sebelah nampak buaya....first time wehh nampak buaya liar di habitat asal. selamani nampak buaya di Taman Buaya ja,,,, wehh teruja gituh.... sampai la satu part, boatman cakap... "cikgu, area sini kalau kemarau sungai cetek.. kita kena turun tarik dan sorong perahu... "sungai yang sama okeh.. still bercakap pasal sungai kinabatangan yang lebarnya 100-150m dengan buaya bersidai tepi sungai.... dengan ayat tu ja aku trauma terus.... BERSAMBUNG......

Jeti Pangkalan Bukit Garam

Pemandangan dari dalam perahu

Bersesak dalam perahu.. minimum 4.5 Jam....


Boleh lah agak-agak saiz perahu ok.... dua orang bersesak ja macam tu... ngam-ngam!


2 ulasan:

Unknown berkata...

x da jln darat ke

Zulkifly Omar berkata...

@hanif hamid. ada lalu dari telupid.. cuma kena lalu juga sungai.. cuma memendekan perjalanan sungai kepada 30minit.