Selasa, 12 Jun 2018

Hong Kong Trip (Bahagian 3) : Oh Disneyland....

Aloha... (ok baru ada mood sambung entry HK trip.....)

 untuk entry bahagian 1 dan 1 klik:   

Hong Kong Trip (Bahagian 1) : Belanja oh Belanjawan



Baiklah part 3... Semuanya tentang Hong Kong Disneyland.

yes harga gambar ini adalah berbaris 2jam lebih....


Aku beli tiket di Klook. Harga dalam RM270... murah daripada kau beli direct website HK Disneyland atau kau beli di kaunter (sangat tidak praktikal sebab kena berbaris). Oh ya sebelum terlupa, kalau kau sejenis masih kanak-kanak deep inside.. maka belilah 2 days pass sebab satu hari tidak cukup.

Baiklah untuk Hong Kong Disneyland ni... kalau kau macam kami tinggal area Tsim Sha Tsui... jauh jugalah.. kena bertukar line MTR dua kali termasuk untuk line ke Disneyland. ya ada special line ke Disneyland dan deco coach siap bertema Disney, tingkap bentuk Mickey, handle tangan untuk yang berdiri bentuk Mickey.



Untuk Disnyeland kami peruntukan sehari saja, serius bila sampai Leslie siap cakap "kenapa tidak dua hari kita sini Zul". Well... aku pun konon-konon feeling explore banyak tempat lain padahal 8 hari juga....

Untuk Disney kami sampai awal pagi sebelum gate buka.. Disneyland HK beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 8.30 malam gais... Kami sampai sebelum buka dan balik bila habis parade time closing. Bila sampai dalam 9.15 macam tu... kami sampai bergambar-gambar dan lepastu pergi kaunter tiket untuk collect meal coupon terus berbaris depan entrace. kejap saja untuk collect meal coupon. meal coupon beli asing di Klook juga. RM70 untuk 1 meal dan 1 Snack. Meal ada 3 harga berbeza tapi dengan meal coupon tu boleh redeem mana-mana meal... kalau tidak silap paling mahal 1 set meal HKD149. Paling murah HKD70+ itupun harga side dish.. kudapan kentang goreng dan yang sewaktu dengannyalah... dan ya ada restoran halal di sana.. ada dua kalau aku tidak silap. kami makan di Explorer Club. Di sini juga ada prayer room untuk muslim. Dia label Silent Room. Lami relax lama sangat masa makan... so, ada dua area yang kami agak kelang kabut...ohh ya setiap rides adalah sangat panjag barisan. 















Kesabaran perlu tinggi dan kau perlu positif kau datang mau enjoy. kami berbaris untuk bergambar dengan Mickey dan Minnie Mouse 2 jam 30 minit, bila fikir balik sangat lama, tapi bila tengok gambar tu balik terus kau rasa bahagia. Kami datang end of winterlah macam tu, suhu nyaman sedap-sedap untuk aku yang sihat ni hehehe... berangin-berangin macam tu. max suhu dalam 24 degree. Kalau kau pergi summer aku tidak taulah hahaha dan kami pergi weekend. Memang ramai oranglah.

Pukul 6.30 petang kami di Main Street sudah singgah beli  cenderahati bagai.. lepas tu terus amik spot untuk tengok parade. Ya.. acara kemuncak di Disneyland adalah parade. Tidak silap petang ada juga parade macam tu.. tapi itu parade lain dan tidak semeriah malam. Masa kami pergi Disnyeland HK tiada sudah Firework Show. Sedih jugala... kira kemuncaknya parade sajalah.. pastu habis.. balik. Sebelum parade masa tu ada Mickey Show dan ada ala-ala LCD show macam tu dia pancar ke bangunan di Main Street ala-ala bangunan-bangunan tu jadi giant screen lah... itu sajalah cerita Disneyland. Silalah pergi. berbaloi-baloi....











Khamis, 19 April 2018

Hong Kong Trip (Bahagian 2) : Hari 1 Terbang dan dan Terus Ke Puncak Victoria


Aloha..... ini adalah entry Hong Kong bahagian 2.. untuk entry bahagian 1 klik   

Hong Kong Trip (Bahagian 1) : Belanja oh Belanjawan


Baiklah.. untuk hari pertama....

Penerbangan BKI- HKG sampai dalam 1045am
Beli simkad ( kedai 1010) dan octopus card (customer service counter).
Cari airport bus terminus (kau pandai-pandai lah tengok sign)

menuju ke Airport Bus Terminus

lagi....

Kedai 1010 (pilih pakej... dorang tolong set simkad)

Naik bas A21 sebab tinggal di KG Garden Hotel, Mirador Masion, Tsim Sha Tsui. Bas selesa. Ada tempat letak lugggae. Free seating tapi semua dapat duduk. Lebih kurang sejam ke Tsim Sha Tsui. Turun di hentian Middle Road kalau mau ke Mirador Mansion atau Chungking Mansion.
**tips.. booking hotel di Mirador Mansion. Lebih selesa dan tenang. Chungking Mansion selang 2 3 lot ja.. tapi sangattt crowded dan ramai indian and filipino.

Lepas check in- nasib baik masuk terus walaupun belum pukul 2:00 pm. Aku booking family room untuk 4 orang, kami bertiga, boleh tahan selesalah untuk kami.. kecil tapi saiz masih boleh terima. Terus rehat dan makan.

Bilik untuk dua malam pertama... ini family room ada 3 katil...


Booking Klook untuk ke The Peak pukul 4. Jam 3 dah sampai. Dari MTR Tsim Sha Tsui ke MTR Central.. lepastu keluar di exit K. Melopong dulu di Statue Square.. bergambar sementara tunggu pukul 4. Macam setiap 15min ada trip ke The Peak tapi kena tunggu ikut booking time. Jam 4,berkumpul ambil sticker.. dengar briefing.. english briefing disediakan.masa trip pukul 4 sangat ramai.. so ada briefing in chinese, english and korean.
Statue Square....

Bank of China Tower... malam cantik weiii

Hong Kong Tram....


Asing- asing guide. Lepas tu bergerak serentak station The Peak Tram dalam 10minit jalan kaki. Memang laju.. ada lane khas untuk booking dari Klook. Naik tram ala macam naik Bukit Bendera Penang tu. Sampai atas.. kami bergerak terus ke The Terrace.... ini area bertiket.. ada ja viewing point yang free ok. Di the terrace kalau malam lagi cantik .. tapi petang pun ok dan nasib baik tidak berkabus.. jelas ja pemandangan. Lepas puas bergambar dan menhayati kami ke Madame Tussauds Wax Musseum... semua lah model kau jumpa dalam tu.... tokoh politik.. artis cina...bollywood.. hollywood.. semua ada. Lepas tu kami masuk Hard Rock Shop. Afiq shopping... oh ya i dah tanya kaunter.. di city centre pun ada outlet Hard Rock Shop. Lepas tu baru kami bergerak ke bangunan sebelah ke Chocolate Museum. ( mehhh laaa.. takpayah pergi pun ok museum coklat ni) well tiket kami 4n1 kan.

yihhhh napa aku nampak pendek....

View dari terrace....

Tulah The Peak Tram....

Bapak Jokowi

tetiba Mr. Bachan

Mayor I am.....

Selesai semua kami berbaris naik tram untuk turun... sangat panjang.. kami beratur dalam 45 minit. Turun ja kami decide untuk ke Hong Kong Observation Wheel. ( Ferris Wheel ala-ala Eye of London, tapi kecil... tidaklah pula sekecil feris wheel funfair.... dan tidak boleh berdiri atau berjalan dalam gondola.. kena duduk ja).. jauhh wehh jalan. Sebab dia dekat area Wan Chai Pier.. tempat naik Star Ferry ke Kowloon. Pastu sampai beli tiket.. beratur 10min dan naik.. dalam 10min pusing.... lepas tu selesai.. kami pun menapak cari MTR Central Station balik ke area Tsim Sha Tsui. Balik hotel... tidur....

Hong Kong Observation Wheel

View dari Hong Kong Observation Wheel