Selasa, 14 September 2010

Luca Lucas~jadi fenomena dalam Facebook


'Luca Lucas' nama yang aku pasti hampir semua pengguna Facebook yang berasal dari sabah mengenalinya. Inilah nama pemilik akaun facebook yang telah 'menghina' atau dalam frasa yang lebih sopan 'memburuk-burukan' negeri Sabah dalam komen beliau di laman sosial yang cukup popular ini.Komen-komennya pula telah ditangkap gambar oleh seorang pengguna 'prihatin' dan disebarkan diseluruh pelusuk facebook. Maka dengan itu bermula la kebangkitan kemarahan dan juga pelbagai reaksi terutamanya rakyat sabah terhadap komen-komen beliau itu.

Kehangatan kisah si Luca ni telah menjadi sangat 'menghangatkan', sampaikan keluar dalam akhbar tempatan iaitu borneo post dan juga daily express.(sila betulkan jika salah) semua kawan-kawan aku pun bagi respon, ada yang marah, ada yang memaki habis-habisan si luca ni, tapi ada juga yang positif. Tidak apalah sebab kita masing-masing ada pandangan sendiri termasuklah si luca lucas tu. Tapi tindakan si luca lucas tu sangat la menyentuh sensitiviti. Kita rakyat Malaysia ni sensintif tau, mungkin salah satu sebabnya sebab kita ni bangsa beradat, beradab dan berbudi bahasa. kita tak biasa dengan benda-benda yang terlalu berterus terang ni.

bagi aku apa yang dikatakan oleh si luca tu tak semuanya salah. Memang benar tingkat gaji di sabah adalah rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung. mungkin salah majikan ataupun salah pekerja di sabah sendiri yang kurang tahu hak-hak mereka. hal ini aku tak nafikan sememangnya realiti gaji di sabah rendah. (tapi luca lucas oii... kalau ko dah tau.. jgn la nak emo.. ko keja kat sabah kena bayar sket jer ker... nasib ko la k... kalau ko pandai pergi buat tuntutan kat jabatan buruh tu... )

Pasal sampah tu pun betul juga. jujur aku tak nafikan even kk pun agak bersampah. sebab tu lah sampai ada kempen jangan buang sampah tu. ok sekali lagi apa yang si luca tu cakap betul. (memang banyak sampah... PBT sabah tolonglah sediakan banyak tong sampah, rakyat sabah pula tolonglah guna tong sampah tu kalau ada)

Persoalan seterusnya pasal suma produk pelancongan tu. pulau-pulau dan semua-semuat tu. aku pun tak paham kenapa si luca ni mau persoalkan semua tu. alaa dia mau terima atau tidak produk pelancongan sabah tetap menjadi sumber pendapatan negara. yang akhirnya di sebarkan sama rata untuk bangun semua negeri di Malaysia. ( untuk luca: pls.. negeri ko pun dapat gak k bajet tu... )

lepas tu pasal shopping complex, stesen bas Inanam, lebuh raya, nite life. waahhhh ini lah perkara yang menampakkan si luca ni bodoh. (opss sori... tertaip plak) wahai luca.. semua benda ni tak perlula nak di persoal. pembangunan fizikal ja pun.. kalau ko nak tau kenapa benda-benda tu takda.. sebab semua duit hasil negeri sabah terpaksa nak share satu malaysia termasuk negeri ko yang ko bangga sangat tu ( AKU TIDAK MENGECAM NEGERI TERSEBUT K) satu lagi pasal nite life.. kenapalah mau dibanggakan kalau nite life byk sngt. kan bagus kalau nite life takda kat bandar.. maksudnya masalah sosial tu kurang... dok rumah diam-diam.Malam tu waktu tidur k...

Oklah.. sampai kat sini ja la aku nak menulis... malas dah.... huhuhu kepada sabahan tu kita diam-diam ja la... kasi biar saja si luca ni. teda juga kita rugi apa-apa. biar dia pikir sendiri. Kepada seluruh rakyat malaysia berhati-hati la guna facebook dan berhati-hati la menutur kata-kata. kadang-kadang apa yang kita cakap tu menyakitkan hati orang lain. sekian terima kasih.

P/S: sekadar padangan peribadi... jika kamu rasa aku salah jangan segan untuk membetulkan atau memberi krittikan. thx.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

profile facebook dia sudah didelete.

Zulkifly Omar berkata...

ooo yeker.. dah x amik tau pasal dia lagi.. hehehe