kasih,
aku sayang kamu,
sepenuh jiwa,
sedalam cinta,
hanya untuk kamu.
kasih,
cerita kisah kita,
kenangan terindah buatku,
kau buatku bahagia,
terawang-awang dalam sayang mu,
aku cinta kamu kasih.
kasih,
jika benar hanya sampai disini,
aku pasrah,
aku hanya insan yang tunduk pada fitrah,
yang kadang tersilap dan tersalah,
aku tetap sayang kamu kasih.
kasih,
menjelang syawal ini,
ku pohon seribu kemaafan,
setulus hati ini kasih,
aku tahu aku tak sempurna.
kasih,
ku doakan yang terbaik buatmu,
kebahagianmu adalah bahagia buatku,
gelak tawamu cukup untuk membuat aku gembira,
kerana kasih...cintaku untukmu tak akan sirna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan