Sabtu, 4 September 2010

Surat Buat Diriku

salam,
kehadapan diriku zulkifly. aku berharap kau akan sentiasa bahagia dalam menempuh liku-liku hidup mu sebagai seorang insan. ingatlah setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. semua permasalahan yang kita hadapi seharusnya tidak dijadikan alasan untuk menjadi seorang yang berputus asa dan lupa tentang hal-hal lain.

ingatlah zul.. untuk bahagia kadang-kadang kita perlu membuat pengorbanan agar kebahagiaan lebih bermakna. tiada guna untuk kita bersedih dan menangis kerana sesuatu yang tak menjamin apa-apa, lebih baik kita terus mempositifkan diri untuk melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

diriku,

kehidupan di dunia ini kelihatan tidak adil, tapi apa yang berlaku adalah apa yang telah ditulis oleh Yang Maha Esa untuk kita hamba-hambanya. ingatlah diriku.. dahulukan yang dahulu dan kemudiankan yang kemudian. insyaallah hidupmu akan lebih teratur...

yang tulus ikhlas,
Zoul Omar

Tiada ulasan: