Manalah tau kau tidak boleh tidur kalau jauh dari rumah.
Okeh.. tipsnya...
1. Sebelum pergi lapor diri semua, pastikan segala dokumen sudah sedia. buat salinan. Buat pemeriksaan perubatan (Medical Checkup). Buat di kampung sendiri senang. Kalau dah di daerah lain karang.. banyak lagi mau dipikir... Buat di Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. percuma weii kau tunjuk saja tu surat penempatan/tawaran spp.
2.Google lah sekolah anda. tanyalah semua yang dapat ditanya. tanya selengkap mungkin apa keadaan sekolah
- sekolah ada gred P (pedalaman) atau tidak.. kalau ada P1 kah.. P2 kah.. P3..
- kena harung sungai kah.. hutan kah... laut kah...
- apa pengangkutan utama ke sekolah?
- berapa kos pengangkutan ke sekolah?
- ada rumah guru? kalau ada apa kelengkapan yang ada... (dapur..katil..air..elektrik..)
- Kalau tiada, rumah sewa macam mana?
- Apa bandar terdekat?
- Siapa senior terdekat? kalau boleh cari senior atas setahun kau... diorang masih excited membantu.. gituhh... tapi senior lain pun ok... kot tiada rumah.. boleh tumpang dan minta jasa baik diorang. Kalau dulu di kampus kau tidak biasa pun.. kasi biasa saja.
- Hubungi sekolah atau guru besar. (setelah kau yakin kau mau lapor diri). kalau guru besar suruh cepat-cepat kau relax saja. ada 30 hari waktu melapor diri. dorang takut saja tu kau tidak mau masuk sekolah tu. Bila kau lapor diri.. nahhh nada harapan sudah mau tukar-tukar.
3. Sediakan keperluan asas bergantung kepada sekolah kau ditempatkan.
- Ubat
- makanan
- bantal
- selimut
- Keperluan peribadi (tidakkan berus gigi kau tidak kasi sedia kan? talampau juga..)
Itu sajalah rasanya... untuk part 2, nanti kita cerita bila sampai sekolah mau buat apa?? Dokumen SPP? No fail jabatan? PTM?... okeh next...
p/s: kepada yang bakal melapor diri dan bakal bertugas.. TAHNIAH!
p/s: kepada yang bakal melapor diri dan bakal bertugas.. TAHNIAH!
2 ulasan:
hi.salam,......saya tlh pun ditawarkan memasuki ipg kampus kent....masalahnya di sini ialah saya berasal dr selangor dan tuaran sgt jauh....saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki di sana.maka ini menjadi suatu masalah bagi saya kawan pun tiada...huhuhhu...tiket flight lagi kena fikir...masalah betul lah..
pls reply asap.....
harap anda sudi membantu
Salam, takpa taklah jauh mana.. sampai nanti jumpalah kawan baru. IPG kent tak jauh dari kota kinabalu... dalam 40 minit sampai. apa2 nak tnya contact di fb. saya jarang cek komen ni.
Catat Ulasan